Proton pamer S70 dalam filem pendek Hari Raya - Utusan Malaysia

Proton pamer S70 dalam filem pendek Hari Raya

ROSLAN Abdullah (kiri) membuat penampilan istimewa dalam filem pendek Proton sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton mempamerkan Proton S70, sedan segmen-C popular syarikat, serta cawangan 3S/4S yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan terkemuka dalam filem pendek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Filem pendek Hari Raya Proton tahun ini dihasilkan dengan kerjasama Elite Definition Sdn. Bhd., pengedar eksklusif untuk Penyegar Udara Little Joe di Malaysia.

Dengan masa tayangan hampir 22 minit, filem itu menampilkan pelakon popular negara iaitu Shaheizy Sam, Sharifah Amani dan Fauziah Ahmad Daud di bawah arahan pelakon dan pengarah tempatan, Pekin Ibrahim.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Proton memutuskan untuk bekerjasama dengan Penyegar Udara Little Joe untuk menghasilkan filem pendek Hari Raya kami tahun ini selepas melakukannya secara persendirian selama dua tahun.

“Ia juga merupakan satu lanjutan perkongsian semasa kami di mana penyegar udara ditawarkan kepada pelanggan selepas jualan dan syarikat sedang menghasilkan wangian yang khusus untuk kenderaan Proton,” katanya dalam kenyataan.

Membuat penampilan sulungnya pada tahun lepas, dua edisi pertama filem pendek Hari Raya Proton berkisarkan tema yang dikenali peminat Proton.

Filem pertama adalah berdasarkan lagu Hari Raya Proton lama manakala filem tahun lepas memaparkan kisah Sarjan Ismail Jaafar, pencipta nama Proton Saga sempena syarikat menyambut ulang tahunnya yang ke-40.

Untuk tahun 2024, jalan ceritanya berkisar pada tema yang lebih umum mengenai masa bersama keluarga, pengorbanan yang dilakukan serta kehilangan semasa sambutan Hari Raya.

Pada masa sama, terdapat rujukan halus terhadap ciri unik Proton S70 serta kemudahan yang boleh didapati di pusat servis 3S/4S Proton.

Tambah beliau, tema untuk filem Hari Raya tahun ini lebih universal dan berkaitan situasi dunia sebenar yang dihadapi ramai setiap hari.

“Masih terdapat sudut komersial dengan sorotan untuk produk dan perkhidmatan kami tetapi secara keseluruhannya, kami percaya penonton pasti tidak akan ragu ini adalah filem pendek berasaskan Proton,” katanya.

Filem Hari Raya Proton 2024 boleh ditonton di Facebook https://www.facebook.com/watch/?v=3576916139292143 dan Youtube https://youtu.be/E-vZrsPEkzU – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN