Northport menang Anugerah Khas AIGA 2023

Northport menang Anugerah Khas AIGA 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datukan Shah Mohd.Yusof (tiga dari anan) menerima Anugerah Khas Pengamal Keselamatan dan Kesihatan (OSH) Berintegriti Terbaik daripada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tiga dari kiri) semasa majlis Anugerah AIGA 2023, di Putrajaya pada 29 Februari 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) diumumkan sebagai pemenang Anugerah Khas Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Berintegriti Terbaik di Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023.

Ahli Kumpulan MMC itu turut memenangi Anugerah Emas AIGA 2023 pada majlis yang dihoskan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya pada 29 Februari 2024 lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, pencapaian itu adalah manifestasi keupayaan dan komitmen kumpulan dalam melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta sistem pengurusan antirasuah sebagai bahagian penting dalam operasi perniagaannya.

“Pada masa yang sama, syarikat memerangi rasuah di seluruh organisasi kami, sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi ‘Reinventing Northport’,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah Khas tersebut telah disampaikan oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kepada Azman Shah.

Beliau berkata, sejak pengambilalihan Northport oleh MMC pada 2016, pelabuhan telah memulakan perjalanan transformasi yang dipanggil ‘Reinventing Northport’ dan memperkenalkan nilai teras baharu iaitu Integriti, Kepedulian Pelanggan, Inovasi, Kerja Berpasukan dan Kecemerlangan (InCITE).

“Program ‘Reinventing Northport’ adalah langkah strategik untuk mengubah Northport menjadi pelabuhan yang ‘lebih selamat, lebih hijau, lebih pintar, lebih baik’ dan mengubah persepsi negatif tentang pelabuhan sebagai tempat kerja yang tidak selamat serta berlaku kemalangan dan jenayah.

“Sebagai satu daripada penyedia perkhidmatan penting negara dan “Petugas Barisan Hadapan Ekonomi”, kami komited untuk terus memerangi dan membasmi sebarang bentuk salah laku di dalam operasi kami bagi mengukuhkan standard keselamatan pelabuhan dan melindungi operasi perniagaan,” ujarnya.

AIGA memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti dan tadbir urus
terbaik, serta inisiatif antirasuah dalam organisasi.

Anugerah tersebut merupakan satu platform bagi mendedahkan keupayaan, kemampuan, komitmen serta kesungguhan sektor swasta dan awam melalui pelaksanaan pengurusan integriti dan pencegahan rasuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN