PETALING JAYA: MR D.I.Y PLUS melancarkan konsep antarabangsa di cawangan terbaharunya di Pusat Beli-belah IPC yang turut membawa produk empat jenamanya iaitu MR D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. TOY, dan EMTOP di bawah satu bumbung.
Mengambil inspirasi daripada lokasi pelancongan antarabangsa terkenal seperti Miracle Garden Dubai, belon udara panas Turkiye yang terkenal di Cappadocia dan hiasan Aidilfitri terkenal di Timur Tengah, kedai ini menawarkan membeli-belah yang menarik dan berwarna-warni untuk pelanggan.
Kedai yang mempunyai keluasan lebih 23,000 kaki persegi ini juga menampilkan ciri-ciri, julung kalinya, rangkaian penuh alat dan peralatan perkakasan EMTOP.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, ini merupakan kedai MR D.I.Y PLUS bertema pertama mereka, mempunyai beberapa ciri unik termasuk dinding interaktif, sudut eko, ruang bengkel, dan sudut ‘Instagrammable’ yang direka secara kreatif.
“Komitmen kami kepada pelanggan kami adalah untuk sentiasa mencipta konsep segar untuk memastikan pengalaman membeli-belah mereka menarik.
“Apabila mengetahui betapa rakyat Malaysia suka melancong dan mengambil gambar, kami mewujudkan sebuah kedai yang mempamerkan imejan paling ikonik di dunia untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan kami dan meningkatkan keseronokan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Jelas Adrian, Mutiara Damansara mempunyai kawasan kediaman yang kukuh dengan minda membeli-belah yang matang.
“Mereka akan menghargai pelbagai barangan keperluan harian kami, nilai yang kami bawa kepada belanjawan isi rumah mereka dan ruang yang mudah, ceria dan mesra yang telah kami buat untuk mereka di sini.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan IPC Shopping Centre, yang bekerjasama dengan kami untuk merealisasikan visi ini. Pada akhirnya, kami mahu pelanggan terhibur, berseronok, dididik, dan mendapat inspirasi semasa membeli-belah untuk keperluan harian pada ‘Harga Sentiasa Rendah,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada perayaan pembukaan besar-besaran untuk kedai baharu ini, MR D.I.Y Group telah menyediakan beberapa siri aktiviti dan promosi perayaan bermula 29 hingga 31 Mac ini.
Jenama MR D.I.Y dilancarkan pada 2005, diikuti MR TOY pada 2019, MR DOLLAR pada 2020, MR D.I.Y Express pada 2021 dan MR D.I.Y. PLUS pada 2022.
MR D.I.Y merupakan pemegang francais induk jenama EMTOP di Malaysia, dan membuka cawangan EMTOP pertamanya pada tahun 2023.
Mereka kini mempunyai lebih daripada 1,200 cawangan di seluruh negara. – UTUSAN








