PETALING JAYA: MR D.I.Y PLUS melancarkan konsep antarabangsa di cawangan terbaharunya di Pusat Beli-belah IPC yang turut membawa produk empat jenamanya iaitu MR D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. TOY, dan EMTOP di bawah satu bumbung. Mengambil inspirasi daripada lokasi pelancongan antarabangsa terkenal seperti Miracle Garden Dubai, belon udara panas Turkiye yang terkenal di Cappadocia dan hiasan Aidilfitri terkenal di Timur Tengah, kedai ini menawarkan membeli-belah yang menarik dan berwarna-warni untuk pelanggan.…








