KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) mencatatkan untung bersih sebanyak RM766 juta bagi tahun kewangan 2023, kali pertama sejak 2010 berbanding rugi bersih sebanyak RM344 juta pada tahun sebelumnya. Bagi tempoh sama, kumpulan merekodkan untung operasi sebanyak RM889 juta pada, meningkat 64 peratus berbanding RM540 juta pada 2022. MAG turut mempunyai simpanan tunai kukuh berjumlah RM4.3 bilion setakat 31 Disember 2023 tanpa menerima suntikan modal daripada pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd sejak Oktober 2021. Pengarah Urusan kumpulan, Datuk Izham Ismail berkata, prestasi kukuh itu disumbangkan oleh trafik penumpang yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya