KUALA TERENGGANU: Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) berjaya meraih pendapatan sebanyak RM332.8 juta bagi tahun kewangan berakhir Disember 2023. Pengerusi KMI Healthcare, Datuk Raja Idris Raja Kamaruddin berkata, hasil pendapatan tersebut meningkat sebanyak 19 peratus berbanding RM279 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Menurutnya, prestasi baik itu didorong oleh faktor pertumbuhan hasil, kecekapan pengurusan kos, pelaburan strategik dan strategi kepuasan pelanggan oleh kumpulan. “Cabaran ketika ini ialah untuk…







