KUALA LUMPUR: Pakar makanan laut beku bersepadu, SBH Marine Holdings Berhad (SBH) dijangka mengumpul dana berjumlah RM39.6 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) membabitkan terbitan 180 juta saham biasa pada harga 22 sen sesaham. Menerusi prospektus IPO syarikat yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) 8 April ini, syarikat itu memperuntukkan RM39.6 juta dengan lebih 70 peratus daripada dana tersebut untuk mengembangkan lagi perniagaan. Pengarah Urusan Kumpulan SBH Marine, Tan Boo Nam berkata, daripada dana tersebut juga, sebanyak RM16 juta akan digunakan untuk pembangunan ternakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya