Honda Malaysia sasar jualan 95,000 unit tahun ini - Utusan Malaysia

Honda Malaysia sasar jualan 95,000 unit tahun ini

HONDA Malaysia sasar jualan hampir 100,000 unit tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Honda Malaysia mengunjurkan prospek positif dengan sasaran jualan sebanyak 95,000 unit serta 12.8 peratus penguasaan pasaran pada 2024.

Dengan pelan strategik 2024 termasuk pelancaran dua model baharu, syarikat bersedia untuk terus menerima landskap automotif yang berkembang dan menjana momentum perniagaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, 2024 akan terus menjadi tahun yang mencabar bagi industri automotif.

Beliau berkata, Honda Malaysia tetap komited untuk memacu kejayaan ke tahap baharu pada tahun ini, yang dibina di berlandaskan pencapaian cemerlang pada 2023.

“Ini termasuk pencapaian terbaharu kami untuk mengekalkan kedudukan nombor satu dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional untuk tahun ke-10 berturut-turut sejak 2014.

“Selain itu, kami mencapai sasaran jualan sebanyak 80,000 unit tahun lalu walaupun berdepan cabaran.

“Pencapaian luar biasa ini dipacu pengenalan WR-V, City dan CR-V serba baharu, yang kesemuanya mendapat penerimaan pasaran yang kukuh semasa dilancarkan,” katanya dalam kenyataan.

Hironobu berkata, teknologi kenderaan elektrik hibrid (e:HEV) terus mengukuhkan lagi kehadirannya dalam pasaran dengan sumbangan 28 peratus kepada jualan hibrid keseluruhan 2023 di Malaysia, dengan ketara mendorong pertumbuhan kenderaan elektrik dan hibrid (xEV) di negara ini.

Ujarnya, Honda Malaysia menyasarkan untuk lebih menekankan teknologi e:HEVnya di pasaran pada 2024.

“Penggabungan sistem hibrid dua motor ini ke dalam model Honda menyediakan pelbagai pilihan menarik untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin berkembang.

“Ia memenuhi keperluan mereka yang mencari kereta yang menyepadukan kecekapan bahan api dengan tahap baharu keseronokan pemanduan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN