PETALING JAYA: Carsome Group Inc. (Carsome), platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara melantik Eric Chan sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (COO) baharunya, berkuat kuasa 1 Mac lalu. Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah Urusan Serantau di Jardine Cycle & Carriage Limited (Singapura, Malaysia, Indonesia dan Myanmar) akan menyelia semua operasi merentasi jejak kumpulan di Asia Tenggara. Carsome dalam kenyataan berkata, peralihan kepimpinan strategik itu…