PETALING JAYA: Lambang elegan dan kemewahan menjadi bukti bahawa ViO Banj’ran telah menetapkan satu taraf tanpa tandingan untuk pembangunan baharu di puncak bukit.
Pembangunan luar biasa IJM Land di Seremban 2 Heights ini menakrif semua aspek kecanggihan, selain meletakkan standard eksklusif mampan kepada setiap penghuni kediamannya.
Terletak di altitud tinggi kira-kira 146 meter dari paras laut, ViO Banj’ran mempamerkan panorama banjaran gunung yang menakjubkan. Simfoni pemandangan hijau di puncak bukit yang memperlihatkan seluruh perbandaran Seremban 2, membolehkan penghuni menghirup udara segar hanya dari balkoni kediaman sendiri.
Pembangunan ViO Banj’ran berkeluasan 5.26 hektar dengan kepadatan rendah, menjadikan setiap penghuninya berstatus elit dan bertaraf mewah.
Bukan sekadar kediaman, ViO Banj’ran yang merupakan permata mahkota IJM Land di Seremban 2 ini menyajikan pemandangan penuh tenang dan menghijau malah hamparan perkembangan perbandaran yang pesat membangun.
Berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud “mengembara”, menjadikan ViO Banj’ran sebagai tanda aras kepada perjalanan kehidupan yang mengasyikkan.
Memandangkan lokasinya yang terletak di atas bukit, melengkapkan intipati perjalanan yang penuh menenangkan sepanjang pemanduan penghuni ke kediaman mereka. Manakala maksud Banj’ran, merujuk kepada “Banjaran” yang bermaksud “gunung-ganang”.
Menepati lokasi kediaman ini yang terletak di atas puncak bukit seakan-akan satu perjalanan ke destinasi percutian mewah.
Menurut Pengurus Besar Kanan IJM Land, Chai Kian Soon, menghuni kediaman di ViO Banj’ran seolah-olah anda sedang menikmati percutian peribadi mewah yang dikelilingi oleh pemandangan gunung yang terhampar menghijau.
“Kediaman ini direka khas, bersesuaian dengan gaya hidup pelbagai peringkat generasi pemiliknya. Malah, seimbang dengan teknologi serba moden dengan hubungan keluarga yang harmoni.
“Aspirasi kami adalah untuk mencipta ruang untuk membentuk keluarga yang harmoni, bagi mewujudkan tahap keseimbangan kemewahan dan alam semulajadi yang tidak dapat dimiliki di bandar,” katanya dalam kenyataan.
Perjalanan ke kediaman ViO Banj’ran adalah satu pengalaman yang mengagumkan. Sepanjang pemanduan jalan masuk dari kaki bukit, anda ditemani dengan kesuburan landskap tanaman iklim bermusim. Di kiri dan kanan persekitarannya dihiasi dengan barisan lajur pokok-pokok yang lazimnya hanya ditemui di kawasan tanah tinggi.
Di dalam kawasan kediaman ViO Banj’ran, terdapat beberapa dek peninjau. Dari dek peninjau ini, pemilik kediaman boleh menikmati pemandangan banjaran gunung dan sekitarnya.
ViO Banj’ran menawarkan pilihan kediaman luar biasa dengan setiap unit mempamerkan kemewahan dengan kemasan yang teliti dan ruang dalaman yang luas. Banglo tiga tingkat ini datang dengan pilihan Jenis A, A1, A2, dan A3.
Setiap jenis unit direka sempurna dengan kawasan tanah luas antara 5,070 hingga 8,934 kaki persegi, manakala luas binaan kasar 5,930 hingga 6,944 kaki persegi, menjadikan ia kediaman sempurna untuk kehidupan generasi sekarang dan akan datang.
“ViO Banj’ran yang terletak di atas puncak bukit, di kelilingi dengan lanskap menghijau dan menenangkan, ditambah pula dengan reka bentuk berprestij, seni bina yang unik dan moden dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan teknologi moden, akan memberikan pengalaman hidup yang tiada tandingannya.
“Kami di IJM Land berbangga kerana berjaya menetapkan standard baharu kemewahan dan dalam masa yang sama mengekalkan amalan pembangunan lestari dalam membangunkan ViO Banj’ran,” kata Kian Soon.-UTUSAN










