TH Properties lancar Pristine Premier, Riposo Biz Centre

TH Properties lancar Pristine Premier, Riposo Biz Centre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties) me­lancarkan Pristine Premier dan Riposo Biz Centre iaitu projek perumahan dan komersial terbaharunya sempena Karnival Hartanah Bandar Enstek.

Pristine Premier terdiri daripada 51 unit rumah teres dua tingkat, merupakan fasa tera­khir projek Pristine, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM19.18 juta.

Pembangunan itu menampilkan landskap berinspirasikan alam semula jadi dan reka bentuk seni bina kontemporari.

Tawaran harga bagi pembangunan itu bermula dari RM571,295 hingga RM863,160 dengan pelbagai pilihan saiz daripada 20 x 80, 22 x 77 sehingga 22 x 90; serta pilihan keluasan dari 1,662 kaki persegi hingga 1,829 kaki persegi.

Ketua Jabatan Operasi TH Properties, Amri Shaari berkata, konsep dan ciri-ciri reka bentuk yang dibina selari dengan permintaan pasaran.

“Tiga fasa projek Pristine sebelum ini telah habis dijual sepenuhnya dan kami menjangkakan pelancaran projek baharu ini akan turut diterima baik oleh para pembeli,” ujarnya dalam kenyataan.

Selain itu, katanya, TH Pro­perties turut melancarkan enam kedai pejabat Riposo Biz Centre di karnival tersebut.

Jelasnya, kedai pejabat dua tingkat itu didatangkan dengan keluasan dari 2,926 kaki persegi sehingga 4,798 kaki persegi dan berharga bermula dari RM927,500 sehingga RM1.6 juta.

Ahli Lembaga Pengarah TH Properties, Datuk Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar berkata, projek baharu itu melambangkan komitmen Kumpulan mencipta nilai berkekalan dan memberikan pengalaman hidup yang menyeluruh.

“Karnival Hartanah Bandar Enstek ini bukan hanya berkisar sekitar hartanah semata-mata. Ia juga meraikan komuniti dan keterlibatan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, pengunjung akan dihiburkan dengan penampilan istimewa oleh Upin dan Ipin, menikmati keseronokan bersama keluarga di zoo haiwan jinak dan mengekspresi seni melalui aktiviti lukisan inai.

Katanya, karnival itu turut menawarkan insentif istimewa untuk 20 pembeli terawal yang melayakkan mereka mendapat baucar Ikea bernilai RM3,500. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×