KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) semalam menandatangani perjanjian pembiayaan bernilai RM91.5 juta dengan Sand Town Solar Sdn. Bhd. (STS). STS merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Gading Kencana Sdn. Bhd. (GKSB), sebuah syarikat perkhidmatan tenaga boleh baharu termasuk dalam rekaan dan pemasangan sistem fotovoltaik solar, pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik, sistem pengurusan tenaga. Pembiayaan daripada Bank Islam akan dimanfaatkan bagi memenuhi perbelanjaan modal yang diperlukan STS termasuk…









