PETALING JAYA: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap, teknologi menghasilkan formulasi pelet makanan untuk lembu pedaging dibangunkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dapat mengurangkan import makanan haiwan negara sekurang-kurangnya sebanyak 10 peratus. Beliau juga berharap negara boleh mengeksport produk berkenaan. Katanya, pihak swasta harus terlibat dalam pengkomersialan teknologi-teknologi yang dibangunkan oleh MPOB seperti memperhalusinya agar teknologi itu dapat digunakan oleh industri. “Kita boleh meminta pihak swasta seperti FGV dan Sime Darby untuk bekerjasama dengan MPOB untuk melakukan percubaan,” katanya semasa melakukan lawatan ke fasiliti penyelidikan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya