SEREMBAN: Pensijilan halal yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantu syarikat Be One Excel Sdn. Bhd. memposisikan produk syampu rawatan rambut di bawah jenamanya Aura Hijab di pasaran tempatan dan juga luar negara. Pengasasnya, Mohd. Redzwan Shujaudin, 39, berkata, dua produknya iaitu syampu rawatan dan hair booster mist masing-masing telah pun mempunyai sijil halal pada 2017 dan 2019. Menurutnya, menyedari kepentingan pemilikan sijil halal menjadikan perkara itu sebagai…










