PETALING JAYA: Ringgit terus dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini di tengah-tengah laporan inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan, dan kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah pada paras semasa. Pada pukul 9 pagi, ringgit melemah kepada 4.7820/7880 berbanding dolar AS, berbanding penutupan semalam pada 4.7600/7665, menurut laporan Bernama. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkembangan terbaharu itu melonjakkan indeks dolar…










