PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi tidak menolak kemungkinan Bursa Malaysia dan ringgit akan meningkat minggu ini berdasarkan prestasi lebih baik Jumaat lalu walaupun pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 lebih rendah. Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tidak mustahil Bursa Malaysia meningkat selepas menyaksikan penutupan pada Jumaat lalu pada 1,533.55. “Bursa Malaysia pernah mencapai purata 1,600 selepas pandemik Covid-19 pada 2022, jika…










