Pangsapuri Perkhidmatan Astrum Ampang menanti pembeli

Pangsapuri Perkhidmatan Astrum Ampang menanti pembeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIA Awan Group memperkenalkan Pangsapuri Perkhidmatan Astrum Ampang sebagai blok terakhir perumahan berorientasikan transit yang terkini sedia untuk dibeli.

Pangsapuri Perkhidmatan Astrum Ampang terletak secara strategik di antara Jalan Ampang dan Jalan Jelatek yang menyediakan salah satu akses terbaik untuk perjalanan masuk dan keluar bandar dengan konsep pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Ia termasuk empat hentian ke Stesen LRT KLCC melalui jambatan pejalan kaki berbumbung yang diusulkan; 150 meter ke Stesen LRT Jelatek dan hanya satu hentian ke Stesen MRT yang bakal dilancarkan; perjalanan singkat 4km ke Pusat Bandar Kuala Lumpur; serta pelbagai laluan saling hubung melalui lebuh raya am dan ekspres seperti AKLEH, DUKE 1, MRR2 dan SPE.

Ketua Pegawai Operasi Setia Awan, James Bruyns berkata, penduduk dapat menikmati kemudahan ulang-alik ke fasiliti yang lain, kemudahan awam, dan lokasi tumpuan di bandar dalam jangkauan mereka.

Jelasnya, Pangsapuri Perkhidmatan Astrum Ampang menawarkan daya tarikan untuk mendiami, bekerja, dan bersantai tanpa mengorbankan kemewahan bagi penduduk bandar yang muda dan pembeli rumah pertama di metropolis Kuala Lumpur yang sibuk.

“Astrum Ampang akan menjadi tarikan bagi mereka yang mencari penyelesaian kediaman gaya hidup pintar dan menjadi lokasi ideal, terutama golongan pekerja muda yang dewasa dan boleh menikmati pengalaman perjalanan yang lancar dan selesa,” ujarnya dalam kenyataan.

James berkata, Setia Awan mempunyai visi memperkasakan pengalaman mendiami Astrum Ampang dengan perkhidmatan nilai tambah termasuk kombinasi unik reka bentuk kontemporari dan kemudahan mewah yang dilengkapi akses mudah ke 27 kedai komersial di aras bawah.

PEMETERAIAN kerjasama antara Setia Awan Group dan MAPLEHOME.

Pangsapuri Perkhidmatan itu turut menyediakan kemudahan akses ke pelbagai tarikan bandar dan mercu tanda berdekatan, termasuk Gleneagles Medical Centre; Datum Jelatek Mall; Great Eastern Mall; Pavilion KL dan Suria KLCC serta pelbagai pusat perniagaan, kedutaan dan sekolah (awam dan swasta).

Menurut James, nilai pembangunan kasar (GDV) Pangsapuri Perkhidmatan Astrum Ampang adalah RM352 juta yang terletak di tapak seluas 6.75 ekar, terdiri daripada 468 unit.

“Pangsapuri perkhidmatan ini menawarkan kawasan unit yang dibina dari 570 sehingga 1,030 kaki persegi dengan lima pilihan reka bentuk, merangkumi konfigurasi 2+1 bilik tidur, 2 bilik tidur, dan 3 bilik tidur dengan harga bermula dari RM631,000. Kesemua unit dijangka siap pada suku ketiga 2027,” jelasnya.

Selain itu, katanya, Astrum Ampang turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama MAPLEHOME sebagai pembekal perkhidmatan sewaan pendek bagi Pangsapuri Perkhidmatan di Menara M Astrum Ampang.

“Kerjasama ini diaturkan secara strategik sebagai elemen promosi utama Setia Awan, selaras dengan pelancaran rasmi Menara M pada 20 Januari 2024. MAPLEHOME baru-baru ini diiktiraf sebagai “Penyedia Perkhidmatan Sewa Pendek Terbesar” oleh Malaysia Book of Records,” katanya.

Dalam pada itu, Pangsapuri Perkhidmatan Astrum Ampang mengintegrasikan pelbagai aspek gaya hidup bandar dengan 62 kemudahan premium termasuk ruang co-working; pusat kecergasan lebih daripada 5,000 kaki persegi; dapur gourmet; teater terbuka; bilik antioksidan; kolam renang Milky Way; jakuzi; gimnasium pintar; trek joging; padang futsal; taman permainan kanak-kanak; dan pavilion barbeku.

Katanya, Pangsapuri Perkhidmatan itu direka dengan sistem keselamatan yang canggih untuk meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup secara keseluruhan bagi penduduknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×