PETALING JAYA: Pemegang saham terbesar FamilyMart Co. Ltd., Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel. FamilyMart Malaysia dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini yang mahu tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza dihentikan. Menurut laporan, anak syarikat kepada Itochu Corporation telah menandatangani MoU dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems pada Mac…









