PETALING JAYA: Faktor luaran terus mendorong kepada penyusutan ringgit yang diniagakan melepasi paras RM4.7 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak 17 Januari lalu, menurut pakar ekonomi. Semalam, ringgit mencapai paras terendah dalam tempoh lebih tiga bulan apabila didagangkan pada 4.7620 berbanding dolar AS pada sesi tengah hari. Mata wang tempatan itu terus menyusut apabila ditutup pada 4.7655/7580 berbanding dolar daripada 4.7545/7595 kelmarin. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, punca penyusutan masih lagi berkenaan faktor luaran terutamanya jangkaan penurunan kadar faedah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya