KUALA LUMPUR: Distinctive World Sdn. Bhd. melancarkan projek Tuju Residences di TuJu @ Duta North, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM750 juta.
Menara berkembar 41 tingkat itu dengan 932 unit pangsapuri servis, bakal menjadi mercu tanda Duta North.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Distinctive World, Lim Ech Chan berkata, TuJu @ Duta North merupakan projek yang dirancang dan direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan dan kehendak pasaran generasi baharu.
“Projek pangsapuri servis ini dijangka siap menjelang suku ketiga 2027 dan kini, telah menerima 30 peratus tempahan dan pada 3 Mac ini pihak kami akan mengadakan majlis pelancaran kediaman ini.
“Kami berhasrat menawarkan gabungan keselesaan antara unit kediaman dan ruang komersial,” katanya kepada pemberita sempena sesi pelancaran bersama media TuJu @ Duta North di Galeri Jualan TuJu, Off Jalan Kuching.
Hadir sama, Pengarah Distinctive World, Datuk Dr. David Koh.
Menurut Ech Chan, projek terletak di lokasi strategik menawarkan akses secara terus ke pusat bandar melalui Jalan Kuching ke rangkaian lebuh raya utama dengan harga bermula RM400,000 hingga RM1.1 juta dengan keluasan sebanyak 710 hingga 1,442 kaki persegi.
“Kami bertekad untuk membangunkan kediaman masyarakat hidup dengan harmoni,” katanya.
TuJu menawarkan 10 reka bentuk berbeza untuk pilihan pembeli mengikut keperluan keluarga.
Susun atur unit kediaman yang direka bentuk boleh dikonfigurasikan dan ia merupakan fleksibiliti yang jarang ditemukan dalam pemaju lain, kata beliau
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Eccaz Sdn. Bhd., Monica Lai berkata, projek berkeluasan 1.82 hektar menyediakan lebih 50 kemudahan dan selamat untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan warga emas.
“TuJu adalah projek mesra (kenderaan elektrik) EV di mana infrastruktur kenderaan elektrik diperuntukkan dalam ringkasan reka bentuk untuk mengalakkan pembangunan yang mampan.
“Tempat letak kereta kami adalah mesra EV, pemilik boleh memohon untuk memasang pengecas dinding EV mereka sendiri tertakluk kepada syarat dan kelulusan pihak berkenaan.
“Menara A dan Menara B menyediakan pelbagai kemudahan 41 tingkat beserta Blok Annexe,” katanya. – UTUSAN









