KUALA TERENGGANU: Kumpulan Terengganu Inc menyalurkan sebanyak RM11 juta melalui pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di seluruh negeri itu sepanjang tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, program tersebut telah memberi manfaat kepada sektor pendidikan, sukan, komuniti, agama dan pemuliharaan alam sekitar di Terengganu. Menurutnya, antara inisiatif lain yang telah dilaksanakan tahun lalu termasuk sumbangan bantuan banjir, sokongan kewangan kepada…










