BNM nafi ringgit cecah 6.2 berbanding dolar

BNM nafi ringgit cecah 6.24 berbanding dolar

RINGGIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan, kadar pertukaran ringgit 6.24 berbanding dolar Amerika Syarikat yang diterbitkan Google pada 5 Februari adalah tidak tepat.

Bank Pusat itu berkata, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara 4.7480 hingga 4.7630, seperti yang disiarkan melalui laman sesawang BNM.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit,” katanya dalam kenyataan.

Laporan ringgit cecah 6.24 tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial dengan ada yang mempersoalkan berapa bilion wang dibelanjakan oleh BNM untuk membeli ringgit bagi menaikkan kembali ringgit ke paras 4.77 selepas turun ke paras 6.24 petang semalam.

Hari ini ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada 4.7655/7580 berbanding 4.7545/7595 semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×