AirAsia tawar tambang serendah RM28 

AirAsia tawar tambang serendah RM28 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AirAsia menawarkan tambah serendah RM28 termasuk semua sehala ke lebih 130 destinasi bagi tempoh perjalanan dari 1 September 2024 hingga 18 Jun 2025.

Syarikat tambang rendah itu turut menawarkan pakej harga serendah RM83 bagi tiga destinasi popular iaitu Krabi, Trivandrum dan Bali.

AirAsia berkata, promosi itu juga tersedia untuk penerbangan ke destinasi lain di Asia dengan tambang promosi bermula RM299 ke Taipei, Seoul, New Delhi dan Almaty.

Katanya, tempahan boleh dibuat di airasia Superapp atau www.airasia.com bermula hari ini.

“Kempen membolehkan para pengembara dalam dan luar negara terbang ke seluruh dunia dengan tambang lebih berpatutan.

“Promosi ini menawarkan tambang asas percuma dan para tetamu hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan caj berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam, rangkaian luas AirAsia dan tambang bernilai hebat itu bukti komitmen Syarikat sebagai syarikat penerbangan untuk semua.

“Sempena pelancaran promosi ini, pelbagai destinasi baharu dan menarik turut ditawarkan. Kami tidak sabar untuk menerbangkan berjuta-juta tetamu ke pelbagai destinasi di seluruh dunia dengan tempat duduk percuma ini dan akan terus menghubungkan lebih ramai pengembara ke destinasi yang menakjubkan dengan tambang berpatutan.

“Bagi mereka yang ingin menerokai destinasi baharu, jangan lepaskan peluang untuk menempah tempat duduk percuma dengan lebih awal,” katanya.

AirAsia juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk tempahan ciri Fast Pass dan 20 peratus untuk tempahan Xtra Carry-On.

“Pemegang kad BigPay di Malaysia juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 untuk semua penerbangan AirAsia.

“Selain itu, mulai 19 Februari hingga 31 Mac 2024, para tetamu boleh menikmati diskaun RM10 untuk tempahan penerbangan melalui aplikasi airasia Superapp dan laman web yang terhad kepada 500 penebusan pertama setiap hari,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×