AGX di Pasaran ACE pada 41 sen

AGX disenarai di Pasaran ACE pada 41 sen

Pengerusi Kumpulan AGX Berhad, Datuk Rozalila Abdul Rahman (kanan) bersama ahli lembaga pengarah melihat penyenaraian saham AGXdi Pasaran ACE Bursa Malaysia di Bangunan Bursa Malaysia, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AGX Group Berhad (AGX) tampil di Pasaran ACE Bursa Malaysia, dibuka pada harga tawaran awam (IPO) 41 sen, mewakili premium 17.14 peratus dengan jumlah pembukaan sebanyak 6.87 juta saham.

Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan AGX Singapura, Mark Penu berkata, AGX berjaya mengumpul RM33.78 juta melalui penawaran awam sebanyak 96.5 juta saham biasa baru pada harga RM0.35 setiap saham.

Jelas beliau, hasil IPO itu akan digunakan untuk modal kerja, penubuhan gudang dan pejabat baharu serta bayaran pinjaman dan kos penyenaraian.

“Sebanyak RM16.44 juta diperuntukkan untuk modal kerja manakala RM8.70 juta digunakan untuk meluaskan kehadiran perniagaan melalui penubuhan gudang dan pejabat baharu di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta pejabat baharu di Busan, Korea Selatan.

“Baki hasil sebanyak RM4.14 juta dan RM4.50 juta pula masing-masing akan digunakan untuk pembayaran pinjaman bank dan kos penyenaraian,” katanya selepas Majlis Pelancaran AGX di Pasaran ACE Bursa Malaysia di sini, semalam.

Menurut beliau, pembukaan gudang dan pejabat baru di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta pejabat di Busan merupakan salah satu perancangan dan strategi masa depan AGX.

“Ia dapat membantu AGX untuk lebih dekat dengan pelanggan dan mendapatkan pelanggan baharu, “ katanya.

Mengulas lanjut mengenai pasaran sasarannya, Mark berkata, AGX sudah berada dalam pasaran ASEAN yang besar seperti Singapura, Filipina, Myanmar, Indonesia dan Thailand, Australia, China dan Korea

“Pendapatan terbesar pasaran AGX adalah dari Filipina iaitu 40 peratus pada tahun lepas dan hampir 80 peratus dari negara luar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×