YC Bersatu sasar jadi penanda aras produk halal 

YC Bersatu sasar jadi penanda aras produk halal 

KELVIN (tiga dari kiri) dalam satu majlis perasmian baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: YC Bersatu Biotech Sdn Bhd (YC Bersatu) yakin mampu menjadi penanda aras kepada pengeluaran produk halal tempatan berkualiti menerusi pensijilan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bioteknologi.

Pengarah Urusannya, Kelvin Han Wei Jian berkata, pihaknya akan memanfaatkan pensijilan tersebut untuk meluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa terutama negara Asia Tenggara.

Malah katanya pengiktirafan tersebut secara tidak langsung mampu meletakkan standard dan piawaian produk tempatan ke tahap tertinggi.

“Kami melakukan pemeriksaan yang ketat kepada semua produk keluaran syarikat untuk mendapatkan pengiktirafan berkenaan.

“Ini kerana kami mahu memastikan dapat menjadi penanda aras kepada pengeluaran produk tempatan yang berkualiti, tulen, bersih dan pada masa masih mengekalkan rasa tradisional,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

YC Bersatu merupakan syarikat pertama di negara ini yang menggunakan bioteknologi penapaian secara semula jadi bagi menghasilkan pengeluaran kicap dan sos.

Syarikat berkenaan turut menerima dua pengiktirafan iaitu Pengilang Sos Soya Pertama di bawah program BBA dengan status BioNexus daripada Malaysia Book Of Records (MBR).

Syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang ini  mengeluarkan kicap dan sos jenama Machi iaitu Kicap Pekat Hebat Campuran, Kicap Cair Premium Soya Pertama, Kicap Cair Stim Ikan Sifu dan Sos Cili Padi Sabah.

Dalam pada itu, Kelvin berkata, pengiktirafan itu merupakan kerja keras daripada pasukan penyelidik dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan ekstrak sos dan kicap terbaik.

“Kita membuat pelaburan tinggi dalam teknologi penapaian untuk mendapatkan kualiti yang terbaik dengan slogan kami iaitu  ‘1 Sos Dah Cukup Sedap’,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN