PETALING JAYA: UOB Malaysia menubuhkan program hutang Islam sulungnya berjumlah RM5 bilion di bawah prinsip Syariah Wakalah Bi AlIstithmar. Menurut kenyataannya, UOB Malaysia telah membuat penetapan harga pertama nota jangka sederhana Islam subordinat Tahap 2 selaras dengan keperluan Basel III bernilai RM500 juta (Sukuk Wakalah Tahap 2). Sukuk Wakalah Tahap 2 ini akan matang pada Februari 2034 dan boleh panggil pada Februari 2029. UOB Malaysia berkata, dalam proses penetapan harga, tawaran hutang Islam mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pasaran dan mencapai lebihan langganan kira-kira 3.39 kali. Buku pesanan akhir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya