Sun & Sand Sports (SSS) tawar keterujaan kepada peminat sukan

Sun & Sand Sports (SSS) tawar keterujaan kepada peminat sukan

NAIB Presiden Pemasaran & Jenama untuk GMG Asia, Jaclyn Tan Shu Ping (tengah) ketika majlis pelancaran bertemakan 'SSS Active Arcade' yang berlangsung di Centre Court, Mid Valley Megamall, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sun & Sand Sports (SSS) merupakan gedung barangan sukan yang menawarkan pengalaman cukup menarik untuk peminat-peminat sukan di Malaysia.

Menawarkan lebih 21 barangan sukan jenama global merentasi pelbagai tahap sukan dan intensiti yang mampu diperolehi dalam satu tempat.

Berhasrat membuka 11 kedai di seluruh Asia Tenggara, menyaksikan di Malaysia memiliki tiga cawangan iaitu di Mid Valley Megamall, Pavilion Bukit Jalil, dan The Exchange, TRX yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Kedai barangan sukan ini dimiliki oleh GMG iaitu salah satu konglomerat milik keluarga terkemuka di Timur Tengah.

Bagi memperkenalkan Sun & Sand Sports (SSS) di mata rakyat Malaysia, satu majlis pelancaran diadakan dengan bertemakan ‘SSS Active Arcade’, telah berlangsung di Centre Court, Mid Valley Megamall pada 4 hingga 7 Januari.

Mereka yang hadir dan melengkap tiga aktiviti daripada lima berpeluang memenangi baucer bernilai RM50 dan juga barangan eksklusif daripada Sun & Sand Sports (SSS), selain hadiah keseluruhan RM50,000 kepada pemenang terbaik dalam aktiviti berkenaan.

Pada pelancaran besar itu, Naib Presiden Pemasaran & Jenama untuk GMG Asia, Jaclyn Tan Shu Ping, menyatakan keterujaan untuk memperkenalkan Sun & Sand Sports (SSS) di Malaysia.

“Kami sangat teruja untuk membawa Sun & Sand Sports (SSS) ke Malaysia bagi memperkayakan landskap sukan negara. Apabila SSS menerokai Malaysia, menandakan satu peristiwa penting dalam pengembangan antarabangsanya, jenama itu bersedia untuk mentakrifkan semula landskap sukan di rantau ini.

“Kemasukan kami ke dalam pasaran Malaysia didorong oleh komitmen untuk menyampaikan bukan sahaja produk tetapi pengalaman baharu kepada komuniti sukan.

“Di GMG, kami percaya dalam meningkatkan gaya hidup aktif dan berbangga untuk berkongsi konsep unik kami yang menggabungkan teknologi termaju dan menarik,” katanya pada majlis pelancaran yang berlangsung, hari ini.

Cawangan Sun & Sand Sports (SSS) di Mid Valley.

Sejak penubuhannya pada tahun 1979 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), SSS telah berada di barisan hadapan dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan sinonim dengan komitmen terhadap kecemerlangan sukan.

Dengan portfolio teguh yang merangkumi jenama sukan, SSS telah berkembang menjadi ‘syurga’ sukan, terutamanya untuk pelanggan Timur Tengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya