PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah berikutan transaksi berhati-hati oleh peniaga menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari 2024. Pada pukul 9.10 pagi ini, ringgit menyusut kepada 4.7320/7360 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat pada 4.7275/7325, memetik laporan Bernama. Menurut laporan itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pergerakan pasaran pada hari ini mungkin kekal agak lemah, kerana pelabur menunggu…










