Projek penggantian aerotrain kembali ikut jadual

Projek penggantian aerotrain kembali ikut jadual

KOS untuk projek pengantian aerotrain berjumlah kira-kira RM456.1 juta.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airports memeterai perjanjian dengan ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. (Alstom) untuk melaksanakan projek penggantian aerotrain kembali mengikut jadual.

Menurut kenyataannya, perjanjian juga dimeterai dengan syarikat usaha sama yang terdiri daripada IJM Construction Sdn. Bhd. dan Pestech Technology Sdn. Bhd. (IJMC-Pestech JV) untuk projek terbabit.

Di bawah perjanjian baharu ini, Alstom, pengeluar peralatan asal (OEM) aerotrain baharu akan bertindak sebagai peneraju penyelarasan projek dan bertanggungjawab ke atas kerja penyelarasan untuk memulakan semula projek dan menyediakan tiga tren baharu dan dua laluan menjelang suku pertama 2025.

Dalam membuat keputusan ini, Lembaga Pengarah Malaysia Airports mempertimbangkan dua bidang tumpuan utama, iaitu mematuhi teknologi yang dipersetujui sesuai untuk tujuan dan memastikan projek itu dapat memenuhi garis masa asal untuk operasi kedua-duanya laluan.

Bagi memastikan kesinambungan projek dan pematuhan kepada garis masa asal, kontrak baharu dengan Alstom ini dijangka menanggung peningkatan kos yang akan dihadkan pada 15 peratus, menjadikan kos projek kepada RM456.1 juta.

Kos tersebut tidak termasuk operasi dan penyelenggaraan

Peningkatan ini disebabkan oleh kos pegangan faedah, pertimbangan pertukaran asing, perbelanjaan mobilisasi semula serta yuran penyelarasan projek kepada Alstom.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Mohamed Rastam Shahrom berkata, ini adalah perjanjian yang boleh diterima untuk projek tersebut dan membolehkannya kembali ke landasan yang betul.

“Keputusan untuk menghantar tiga tren dan menyiapkan kedua-dua laluan secara serentak membolehkan kerja-kerja penggantian optimum untuk mencapai tarikh siap projek seperti yang dirancang pada asalnya.

“Kami tidak sabar untuk kontraktor menyampaikan projek itu menjelang suku pertama 2025, untuk keselesaan dan kemudahan penumpang kami di KLIA,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×