PEMAJU Hartanah, Mah Sing Group Berhad menawarkan kediaman pangsapuri servis dikenali M Luna yang dibina untuk keluarga muda dan golongan profesional di Kepong, Kuala Lumpur.
M Luna terletak di atas tanah seluas 2.2 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM705 juta, bersebelahan dengan Taman Metropolitan Kepong dan berhampiran dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
M Luna mempunyai 1,672 unit melibatkan dua blok iaitu Tower A (860 unit) dan Tower B (812 unit).
Bermula dengan harga RM385,000, M Luna menawarkan tiga jenis rumah dengan saiz 700 kaki persegi, 850 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi yang mempunyai dua hingga empat bilik tidur, dilengkapi satu hingga dua ruang tempat letak kereta (setiap unit) dan mempunyai lebih 35 kemudahan.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk kolam renang, jakuzi, taman permainan, kawasan BBQ, gelanggang futsal dan bola keranjang, dobi, bilik aktiviti, bilik permainan, trek jogging, dewan serbaguna, dewan badminton tertutup dan gim wanita,
Selain itu, penduduk juga berpeluang melihat Hutan Simpan Bukit Lagong. Jadi, pemandangan hijau ini pasti akan memberi petanda baik dengan penghayatan alam semula jadi.
M Luna direka dengan konsep ‘mewah’ yang mampu dimiliki dan dikelilingi oleh kawasan kejiranan dengan pelbagai kemudahan gaya hidup.
Pangsapuri servis ini terletak betul-betul di sebelah Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) untuk memudahkan akses ke seluruh bandar Kuala Lumpur.
M Luna juga menawarkan pelbagai saiz unit yang sangat sesuai untuk keluarga muda dan profesional.
Pangsapuri servis ini dikelilingi dengan kemudahan yang disediakan seperti Tasik Metropolitan Kepong, FRIM, zon komersial, sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta antarabangsa.-UTUSAN










