Estetik patuh syariah mampu berkembang

Estetik patuh syariah mampu berkembang

SYAIRAH NADIA MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan rawatan estetik patuh syariah dilihat mampu berkembang pesat dalam ekosistem pasaran yang lebih luas termasuk di luar negara.

Justeru Pakar Estetik Radiant Clinique Dr. Syairah Nadia Mohamad berkata, Malaysia mempunyai potensi kukuh untuk menjadi hab industri estetik halal termasuk bagi pasaran Asia Barat.

Katanya, ini kerana reputasi dan kredibiliti Malaysia dalam sektor terbabit yang meliputi aspek pembangunan, tenaga mahir dan sokongan kerajaan.

“Kerajaan Malaysia dalam masa yang sama aktif mempromosikan pembangunan industri halal, termasuk sektor estetika halal. Sebagai contoh inisiatif Halal Development Corporation Berhad (HDC) untuk mewujudkan piawaian kosmetik halal.

“Selain itu, Malaysia mempunyai tenaga  kumpulan profesional mahir yang semakin meningkat dalam bidang  perubatan, pergigian dan kosmetologi untuk memenuhi industri ini,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun Syairah Nadia berkata, Malaysia perlu berdepan saingan daripada Korea Selatan dan Turki bagi mengembangkan sektor tersebut untuk jangka masa panjang.

“Dalam rawatan estetik di Malaysia, semua prosedur rawatan yang diberikan kepada pesakit perlu sejajar dengan garis panduan Kementerian Kesihatan dan tidak boleh mendapatkan rawatan daripada individu tidak bertauliah.

“Namun begitu, di Malaysia tiada badan atau agensi khas yang mengawal rawatan estetik dalam aspek syariah. Saya harap pada masa akan datang kerajaan dapat mewujudkan badan khas untuk memantau aktiviti dan rawatan estetik berlandaskan syariah,” jelasnya.

Dalam pada itu Syairah Nadia berkata, adalah menjadi tanggungjawab individu untuk

mengambil tahu proses dan bahan rawatan yang digunakan untuk setiap rawatan estetik.

“Sebagai contoh bahan-bahan yang digunakan untuk melakukan suntikan perlu mendapat perakuan Kementerian Kesihatan dan telah melalui melalui proses pemeriksaan di Jabatan Kimia.

“Dengan ini, apabila bahan yang diperakui itu sah dan selamat. Itu sudah mengambil saranan dalam menepati hukum syarak,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN