Bursa Malaysia teruskan trend positif, lepasi 1,500 mata

Bursa Malaysia teruskan trend positif, lepasi 1,500 mata

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka positif pagi ini melanjutkan keuntungan daripada sesi dagangan semalam.

Bursa tempatan `menentang’ arah aliran serantau yang terkesan dengan prestasi di Wall Street, dengan meneliti langkah bank pusat China mengenai pemotongan kadar faedah, kata peniaga.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.34 mata pada 1,502.45 berbanding 1,501.11 penutup semalam.

FBM KLCI dibuka 0.72 mata pada 1,500.39.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 248 berbanding 232, manakala 363 kaunter tidak berubah, 1,374 lagi tidak diniagakan dan 19 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 550.29 juta unit bernilai RM288.48 juta.

Rakuten Trade Sdn. Bhd. berkata, Wall Street ditutup sempena cuti umum semalam, namun ramai yang menjangkakan pasaran kekal hambar berikutan pendapatan bercampur-campur daripada bank-bank yang memasuki musim pendapatan suku keempat 2023.

Di Hong Kong, katanya, Indeks Hang Seng berakhir rendah sedikit kerana peniaga kecewa People Bank of China mengekalkan kadar faedah selepas bank-bank perdagangan utamanya menurunkan kadar deposit berikutan data ekonomi yang mengecewakan baru-baru ini, mencetuskan pandangan bahawa lebih banyak jaminan rangsangan.

Katanya, di peringkat domestik, FBM KLCI ditutup melepasi paras 1,500 semalam kerana belian berterusan pada saham wajaran tinggi.

“Walau bagaimanapun, adalah penting untuk pembelian berterusan dan mengekalkan indeks melebihi ambang 1,500 untuk mengekalkan trajektori yang sihat. Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,500 hingga 1,510 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd. susut satu sen kepada RM9.07, Public Bank Bhd susut dua sen kepada RM4.34, Tenaga Nasional Bhd. susut dua sen kepada RM10.48, manakala CIMB Group Holdings Bhd. menambah dua sen kepada RM6.02, dan Petronas Chemicals Group Bhd. naik satu sen kepada RM6.96.

Dalam saham aktif, Tanco Holdings Bhd. naik tiga sen kepada 65.5 sen, waran Insas Bhd. menokok dua sen kepada 41.5 sen, Eastern & Oriental Bhd. naik dua sen kepada 95 sen, dan Sealink International Bhd. menokok 1.5 sen kepada 23 sen, manakala Hong Seng Consolidated Bhd. tidak berubah pada 53.5 sen. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×