PETALING JAYA: Betamek Berhad (Betamek) mencatatkan untung bersih sebanyak RM5.1 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2024 berakhir 31 Disember 2023 daripada RM1.7 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. Betamek dalam kenyataan berkata, pertumbuhan didorong permintaan kukuh produk elektronik dan komponen automotive dari Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua). Jelasnya, perolehan suku tahunan naik 8.2 peratus kepada RM59.2 juta pada suku itu berbanding RM54.7 juta sebelum ini kerana sumbangan…










