PETALING JAYA: UEM Edgenta Berhad mengumumkan kerjasama strategik melalui kepentingan sebanyak 60 peratus dalam Kumpulan KAIZEN. Pengumuman tersebut dibuat semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-28 (COP28) di Dubai. UEM Edgenta diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Syahrunizam Samsudin manakala Kumpulan KAIZEN diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fadi Marwan Alnwilati Almasri. Kumpulan KAIZEN merupakan syarikat perkhidmatan pengurusan hartanah dipacu teknologi yang beribu pejabat di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Berbekalkan rekod prestasi…










