PETALING JAYA: Ringgit melanjutkan aliran menaik untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen positif mengenai jangkaan pemotongan kadar faedah global tahun depan, kata penganalisis. Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6530/6575 berbanding dolar AS daripada 4.6555/6605 penutup semalam. Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, aset bebas risiko seperti hasil Perbendaharaan AS menunjukkan aliran rendah,…









