Ringgit berpotensi cecah 4.25 berbanding dolar AS

Ringgit berpotensi cecah 4.25 berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit berpotensi mencapai paras 4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2024, menurut firma penyelidikan, Kenanga Research.

Firma itu berkata, mata wang tempatan itu dijangka mengekalkan kekuatannya berbanding dolar bulan ini berikutan kelemahan bermusim dolar dan jangkaan penurunan berterusan inflasi di AS.

Selain itu katanya, prestasi ekonomi makro AS yang kurang berterusan, turut menyumbang kepada naratif berhati-hati pasaran Rizab Persekutuan (Fed), yang berkemungkinan menjejaskan lagi indeks AS, seterusnya menyokong kenaikan mata wang tempatan.

Tambahnya, peralihan selanjutnya dalam peruntukan portfolio ke arah pasaran baharu mungul, digabungkan dengan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus untuk sekurang-kurangnya 12 bulan akan datang, berkemungkinan menyokong trajektori kenaikan ringgit.

“(Dengan itu,) ringgit berpotensi mencapai paras 4.25 (berbanding dolar AS) menjelang akhir 2024,” katanya dalam nota kajian.

Firma penyelidikan itu berkata, ringgit juga mengukuh berbanding dolar di tengah-tengah jangkaan yang semakin mening­kat terhadap dasar Fed yang dicetuskan oleh pasaran buruh AS yang goyah, tekanan inflasi yang berkurangan dan kerapuhan dalam pasaran hartanah kediaman.

Selain itu katanya, di pe­ringkat domestik, pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga yang lebih baik daripada jangkaan, ditambah komitmen berterusan kerajaan ke arah penyatuan fiskal dan ‘penyempitan’ perebzaan hasil bos kerajaan 10 tahun meningkatkan lagi nilai ringgit.

Katanya, rizab BNM juga telah meningkat semula sebantay AS$3.8 bilion (RM17.73 bilion) atau 3.5 peratus bulan-ke-bulan kepada AS$112.3 bilion (RM524.05 bilion) setakat 30 November lalu, selepas mencatatkan penurunan tiga bulan berturut-turut.

Sementara itu, dalam pasaran bon, firma penyelidikan itu berkata, pelabur asing membuat kemunculan semula pada November, didorong oleh pemulihan dalam risiko.

Buat pertama kali dalam tempoh empat bulan, pelabur ­asing merupakan pembeli bersih se­kuriti hutang Malaysia bulan lalu berjumlah RM5.4 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×