PETALING JAYA: Ringgit berpotensi mencapai paras 4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2024, menurut firma penyelidikan, Kenanga Research. Firma itu berkata, mata wang tempatan itu dijangka mengekalkan kekuatannya berbanding dolar bulan ini berikutan kelemahan bermusim dolar dan jangkaan penurunan berterusan inflasi di AS. Selain itu katanya, prestasi ekonomi makro AS yang kurang berterusan, turut menyumbang kepada naratif berhati-hati pasaran Rizab Persekutuan (Fed), yang berkemungkinan menjejaskan lagi indeks AS,…









