KOTA KINABALU: ‘Belas kasihan juga kepada kami, kami sentiasa cuba tawarkan tambang penerbangan yang murah, tapi kami pun perlu menjana kewangan. Bersikap adil dengan kami,”. Itu luahan pengasas syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengenai isu tambang penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur yang mahal semasa musim perayaan. Tony, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, AirAsia sentiasa mencuba yang terbaik untuk menurunkan kadar tambang,…










