PETALING JAYA: SEIBU, gedung serbaneka mewah Jepun, dibuka di The Exchange, TRX menandakan pencapaian penting dalam landskap industri peruncitan Malaysia. SEIBU dalam kenyataan berkata, pelaburan kolektifnya melebihi RM150 juta dengan objektif untuk mewujudkan destinasi membeli-belah peringkat teratas di Malaysia. “SEIBU juga bersedia menyediakan peluang pekerjaan bagi tenaga kerja 1,000 orang,” katanya. Merasmikan gedung itu ialah Duta Besar Jepun ke Malaysia; Takahashi Katsuhiko. Turut hadir, Pengerusi SEIBU KL; Datuk Alfred Cheng;…









