PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengagihkan kadar dividen lebih tinggi bagi 2023, dipacu oleh prestasi perolehan yang baik bagi sembilan bulan pertama tahun ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, jumlah aset di bawah pengurusan KWSP turut naik kepada RM1.1 trilion dari RM1 trillion pada akhir tahun lepas. Katanya, perkembangan ini adalah pencapaian yang dipatut dibanggakan…









