PETALING JAYA: Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) 2023 yang lebih tinggi sebanyak 5.25 sen, memberi bayangan peningkatan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun ini yang dijangka diumumkan pada suku pertama 2024. Penganalisis ekonomi berpendapat, prestasi yang lebih baik itu juga pertanda ekonomi negara semakin pulih dengan pertumbuhan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang tahun ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Prof. Madya…










