PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mencatatkan pertumbuhan dua kali ganda keuntungan sebelum cukai (PBT) RM228.5 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2023 daripada RM114.3 juta yang direkodkan pada suku suku kedua lalu. Prestasi kukuh ini dipacu oleh segmen pembangunan hartanah, didorong oleh jualan produk-produk perumahan dan perindustrian yang lebih tinggi serta peningkatan kemajuan di tapak-tapak pembinaan. Pada suku yang sama, syarikat merekodkan pertumbuhan…










