PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh komitmennya untuk mempercepat peralihan ke tenaga mampan menerusi kerjasama dengan Huawei Malaysia dan Kumpulan RHB. Memorandum Persefahaman (MoU) pertama bersama Huawei Malaysia bertujuan membuka potensi solusi tenaga hijau manakala MoU kedua bersama Kumpulan Perbankan RHB bagi mempercepat penggunaan tenaga boleh baharu (RE) dan penyelesaian cekap tenaga (EE) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu melalui solusi kewangan hijau. Presiden dan…