PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus mengukuhkan komitmen dalam menerajui inisiatif pembangunan mampan di ASEAN dan bersiap siaga membentuk kerjasama dengan kerajaan, pelabur dan pemegang taruh utama untuk menyegerakan peralihan tenaga (ET) yang bertanggungjawab di samping menangani trilema tenaga. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din berkata, terdapat keperluan ET yang bertanggungjawab bagi menangani peningkatan permintaan elektrik yang mana TNB bersedia untuk memenuhinya sambil mengurangkan…











