PETALING JAYA: Saham Pharmaniaga Bhd. jatuh pada awal dagangan semalam, selepas kumpulan farmaseutikal itu mencadangkan pelan penyusunan semula terdiri daripada langkah pengurangan modal, terbitan hak boleh tolak saham baharu serta penempatan persendirian untuk mengumpul sehingga RM654.61 juta bagi mengurangkan hutang. Pada pukul 11.30 pagi, saham Pharmaniaga turun 9.88 peratus atau empat sen kepada 36.5 sen, dengan 4.01 juta saham diniagakan. Kumpulan itu melaporkan kerugian bersih RM49.34 juta bagi suku ketiga…