Ringgit dibuka `lemah' berbanding dolar Singapura

Ringgit dibuka `lemah’ berbanding dolar Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi sedikit hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap dolar AS, apabila hasil Perbendaharaan AS menyusut nilai, memetik laporan Bernama.

Pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7040/7090 berbanding dolar AS, daripada penutup Jumaat lalu pada 4.7065/7105.

Pasaran ditutup semalam, sempena cuti ganti Deepavali.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun susut satu mata asas kepada 4.64 peratus, disebabkan harapan untuk inflasi menyederhana semakin meningkat.

Beliau berkata, tumpuan utama pada hari ini adalah pada indeks harga pengguna AS, yang dijangka menyederhana kepada 3.3 peratus pada Oktober, selepas kekal pada 3.7 peratus untuk dua bulan berturut-turut.

“Isu utama di sini ialah Rizab Persekutuan (Fed) AS dilihat akan melonggarkan pendirian sekatannya, kerana inflasi dilihat semakin rendah.

“Ketidakpastian akan mengekalkan kadar kenaikan ringgit tidak sekata, selepas pasaran pekerjaan AS yang lebih lemah pada minggu pertama November. Oleh itu, kami menjangkakan dolar-ringgit kekal dalam julat sempit mungkin sekitar 4.70,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1002/1037 daripada 3.1072/1101 pada penutup Jumaat, tetapi susut berbanding euro kepada 5.0328/0382 daripada 5.0232/0275 minggu lepas, dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7732/7794 daripada 5.7732/7794 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun, dibuka lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN lain. Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42 pada Jumaat, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.0 daripada 299.8/300.2, dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0609/03824 daripada 13.1108/1267 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.4604/4643, daripada 3.4599/4631 pada penutup Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×