PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini, didorong oleh permintaan sederhana untuk mata wang tempatan apabila data menunjukkan prospek kenaikan kadar faedah AS. Pada pukul 9.21 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.6760/6810 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat, 4.6785/6825, memetik laporan Bernama. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan ringgit berkemungkinan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada hari ini, apabila data…