PETALING JAYA: Petronas Gas Berhad (PetGas) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM468.46 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2023 (3Q TK2023), peningkatan 10.01 peratus daripada RM425.82 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun sebelumnya. Pendapatan bagi suku berkenaan bagaimanapun susut 0.9 peratus atau RM14.5 juta kepada RM1.55 bilion daripada RM1.56 bilion tempoh sama sebelumnya, disebabkan hasil yang rendah daripada segmen regasifikasi dan pengangkutan gas. Bagi tempoh sembilan bulan, PetGas mencatatkan keuntungan…











