KPJ Ipoh sambut baik Ipoh bandar pelancongan kesihatan

KPJ Ipoh sambut baik Ipoh bandar pelancongan kesihatan

BADRUL Hisyam Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada anak yatim pada Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand di Ipoh. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hospital Pakar KPJ Ipoh berharap, usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh sebagai lapangan terbang  antarabangsa dapat direalisasikan bagi meningkatkan pelancongan kesihatan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Pakar KPJ Ipoh, Badrul Hisyam Ibrahim berkata, pihaknya menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan pelancongan kesihatan di sini.

“Saya harap usaha tersebut dapat direalisasikan dan kita di Ipoh ini dapat memajukanlah bandar raya Ipoh sebagai bandar  kesihatan.

“Kita juga sedia maklum, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pun dah isytiharkan bandar raya ini bakal menjadi bandar kesihatan menjelang 2025.

“Jadi, kita menyahut ke arah bandar kesihatan 2025 di mana pelancongan kesihatan ini memang memberi impak yang besar terutamanya selepas pandemik,” katanya kepada pemberita pada Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand di sini.

Menurutnya, sambutan pelancong domestik mahupun asing mendapatkan rawatan di hospital tersebut sangat memberangsangkan.

“Kita ada satu pasukan khas untuk melayani pesakit-pesakit yang datang dari luar negara. Misalnya, baru-baru ini, kita ada pesakit dari Medan dan China.

“Pihak KPJ sendiri akan menjemput mereka di lapangan terbang dan bawa ke hotel untuk memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan mereka pada keesokan harinya,” katanya.

Ujarnya, selain menjadi hospital pertama yang mempunyai pusat pakar bagi pesakit strok yang pertama di negeri ini, pihaknya juga dalam perancangan untuk memperbesarkan hospital.

“Kita sedang mencari peluang dalam usaha melihat  potensi tanah-tanah di sekeliling untuk kami perbesarkan hospital pada masa-masa akan datang.

“Kita memang ada perancangan memperbesarkan lagi hospital supaya dapat menampung lebih ramai lagi pesakit pada masa akan datang kerana hospital ini memang menjadi pilihan ramai disebabkan fasiliti dan kepakaran doktor-doktor di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN