BERIKUTAN kejayaan pembangunan di Seremban 2 dan S2 Heights, IJM Land melancarkan presint baharu S2 Heights Aman, pembangunan yang menawarkan pengalaman gaya hidup moden dan lebih mesra alam kepada penduduknya.
Anda boleh bayangkan keseronokan seperti pulang ke kampung halaman yang dihiasi pemandangan hutan yang indah. Dan itu hanyalah sebahagian daripada sambutan awal kerana perhatian anda pasti akan terarah ke bahagian tengah ‘syurga’ indah dengan tasik tenang yang dikelilingi pokok dedaun emas dan merah yang jarang ditemui.
Dengan kedudukannya lebih tinggi, ia bukan sahaja membuka laluan kepada angin lebih segar, malah rimbunan pokok yang melata seperti menjadi pelindung kepada privasi penduduk, sekaligus mencetuskan setiap detik yang benar-benar tidak dapat dilupakan.
Anda akan terpesona apabila memandu masuk ke sini dengan landskap menarik yang ditonjolkan menerusi pemandangan luas kawasan berumput menghijau dan belukar, di samping latar belakang hijau dengan dedaunan yang subur.
Pengurus Besar Kanan IJM Land, Chai Kian Soon berkata, pengalaman memasuki S2 Heights Aman menawarkan pemandangan yang jarang ditemui yang mana seperti membawa anda ke bahagian dunia lain dengan serta-merta.
“Para pengkarya landskap kreatif telah menghiaskan ‘syurga’ ini dengan pelbagai khazanah Asia, seterusnya mewujudkan suasana yang ajaib. Tidak lama lagi, penduduk di sini akan dapat menikmati cebisan ‘syurga’ yang cukup membahagiakan bersama keluarga setelah pulang ke kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan.
S2 Heights Aman dibangunkan di kawasan seluas 400 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.58 bilion. Daripada jumlah ini, sejumlah 43 ekar dikhususkan hanya untuk kawasan hijaun yang subur.

Perkataan ‘Aman’ yang digunakan untuk pembangunan IJM Land ini merujuk kepada tenteram, selamat, santai dan tenang, dengan intipatinya terkandung dalam konsep pembangunan berprestij ini.
Justeru, S2 Heights Aman sangat berdedikasi dalam menegakkan kelestarian dengan memastikan pembangunannya tidak menjejaskan ekosistem hijau sedia ada.
Ia mencerminkan pendekatan Midas Touch IJM Land sebagai pemaju hartanah perbandaran dan komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar. Gabungan warna-warna terang yang menjadi sebahagian daripada S2
Heights Aman menjadi bukti visi terhebat dan penuh tenaga untuk perbandaran S2 secara keseluruhan.
Sutera @ S2 Heights Aman, dengan anggaran GDV sebanyak RM269 juta, menawarkan 308 unit kediaman dua tingkat bersambung moden dan praktikal dengan keluasan 22’ x 65’.
Kediaman yang direka dengan teliti itu menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik air dengan keluasan binaan antara 1,949 hingga 2,106 kaki persegi.
Bermula dari RM698,000, kediaman ini bukan sahaja menyediakan persekitaran lebih tenang dan membuka ruang kepada penghuni lari daripada kesibukan kota, tetapi ia juga menawarkan nilai luar biasa berbanding tawaran sama pada harga serupa di Lembah Klang. – UTUSAN










